ILMU KEBAL;
Kekuatan menahan tetakan dan tusukan senjata tajam... Kemampuan menahan pukulan dan kepanasan (Kebal Api) ~ Wujudkah Ilmu Hikmat yang sebenarnya dalam Sejarah Islam?
Selalunya masyarakat kita fobia tentang ilmu kebal kerana sering dikaitkan dengan penggunaan jin dan lain-lain. Namun untuk renungan umat melayu yang agak negatif dengan ilmu kebatinan, di sini saya berikan butiran ringkas Perang di zaman Rasulullah SAW untuk difikir-fikirkan pada masa lenggang.
Jumlah perang bermula tahun 1H-11H, sebanyak 82 kali. Tidak disertai Rasul SAW berjumlah 54 kali. Rasul SAW sebagai panglima sebanyak 28 kali. Dalam 28 peperangan yang Rasulullah SAW turun padang, 9 daripadanya berlaku pertempuran dan 19 kali musuh melarikan diri sebelum bertempur. Dalam 9 kali bertempur hanya sekali tercedera dan hampir terbunuh iaitu dalam perang UHUD.
Masyarakat selalu mengambil iktibar perang Uhud dan mengaitkannya dengan permasalahan KEBAL. Bagi sesetengah orang, ilmu kebal dikatakan syirik dan bid’ah dolalah kerana Rasul SAW dan sahabat pun boleh dicederakan. Ditekankan disini bahawa Rasul SAW dan sahabat pada ketika itu berperang untuk SYAHID DIJALAN ALLAH, oleh itu kebal dari senjata bukanlah fokus utama mereka ketika bertempur.
Mereka telah dilatih untuk berjiwa Taqwa, Ikhlas dan Ikhlas yang menyebabkan musuh susah untuk bertindak ke atas mereka. Atas dasar tiga perkara tadilah pertolongan Allah sampai kepada mereka.
Tentera Islam kalah dan Rasulullah SAW tercedera dalam perang UHUD adalah disebabkan penderhakaan (INGKAR) yang dibuat oleh segelintir tentera Islam ketika itu. Penderhakaan ini telah menyebabkan penarikan BANTUAN oleh Allah.
Oleh sebab kemenangan umat Islam berpaksi kepada TAQWA, IKHLAS dan TAWAKAL, perang UHUD menjadi pengajaran kepada orang-orang yang melanggar perintah nabi dan membelakangkan Allah SWT. Bagi nabi SAW pula, selaku ketua terpaksa menerima teguran dari Allah ke atas tentera Islam ketika itu.
Begitulah pengajaran yang sepatutnya diambil oleh masyarakat, kerana jelas dalam perang UHUD, tentera Islam dengan segala ilmu HAQ di dalam dada masih tertewas kerana tidak menjaga hubungan dengan Allah.
Ditekankan disini, mengapa kita tak mahu mengkaji bagaimana dalam lain-lain perang yang dikepalai Rasul SAW, tidak tersebut dalam riwayat mengatakan tentang kecederaan baginda sedangkan perang dizaman nabi adalah khusus untuk membunuh baginda SAW.
Dalam satu riwayat menceritakan ketika bertempur Rasulullah SAW adalah yang paling berani dan paling di depan. Para sahabat pun berlindung di belakang nabi kerana rasa dilindungi oleh kehebatan nabi SAW. Ribuan anak panah yang tertuju kepada nabi SAW tidak terkena pada nabi dan kebanyakannya tersasar jauh.
Bagaimana perkara begini boleh berlaku? Mengapa sedikit orang yang berani memikirkan hal-hal kebesaran Allah yang berlaku kepada Nabi SAW?
Bagi umat melayu akhir zaman, carilah ilmu kebathinan dari guru-guru yang muktabar. Sesungguhnya ilmu ini datang dari dalam Islam kerana ianya pakaian orang-orang soleh dan para nabi. Pada akhir zaman, ilmu hitam akan berleluasa, umat Islam yang lemah ilmu bathin dan kerohanian akan menjadi sangat jauh dari Allah lalu terjerumuslah mereka ke dalam kekhurafatan dan kecelaruan dalam kehidupan.
Ilmu Kebal Senjata dan Kebal Api ini boleh dipelajari di dalam TUJUH QUANTUM HIKMAH ~ Bahagian Quantum Kekuatan... Sila lihat halaman PENGENALAN dalam blog QUANTUM ILMU HIKMAH ini.