Sabtu, 27 Oktober 2012

PENGARUH MINDA

Kristal Air yang telah dibacakan surah Al-Fatihah
Kuasa Minda mampu pengaruhi kristal Air.

Ramai orang yang tidak sedar akan kekuatan minda. Oleh itu kita tidak pernah peduli akan apa yang kita fikir mahupun apa yg kita selalu ucapkan pada diri sendiri, apatah lagi pada orang lain.

Apa yang kita ucapkan itu juga merupakan doa kepada insan yang dituju, doa seorang ibu amatlah berkuasa melebihi segalanya, apa akan jadi pada anaknya jika setiap hari ibu berleter terhadap kenakalan anaknya, apa yg dituturkan ibu itu adalah doa untuk anak tersebut.

90% dari badan kita adalah air, jika tulisan dan fikiran terbukti mempengaruhi molekul air dan membentuk kristal bergantung perkataan yg digunakan, bagaimana dgn fikiran kita yg sememangnya mewakili diri kita sendiri.

 ¤ Kuasa Minda ini boleh dipelajari di dalam Tujuh Quantum Hikmah... Sila lihat halaman PENGENALAN DALAM blog QUANTUM ILMU HIKMAH ini.

KUASA MINDA BAWAH SEDAR



KUASA MINDA BAWAH SEDAR:

 ¤ Dalam satu kajian secara saintifik kuasa minda merupakan salah satu faktor utama seseorang mendapat ilham yang begitu hebat dalam hidupnya. seolah-olah ia membangkitkan rahsia dari dalam dirinya untuk dipersembahkan kepada alam realiti. Ia sebenarnya adalah anugerah Tuhan bahawa minda manusia adalah yang terbaik berbanding makhluk lain. Ini diakui seperti dalam surah at-Tiin ayat 4 yang bermaksud; "Manusia itu sebaik-baik ciptaan"


¤ Kekayaan sebenarnya adalah bertitik tolak daripada keyakinan dalam diri seseorang individu.. Sekiranya kita menstimulasikan dalam diri melalui minda bawah sedar bahawa "aku yakin boleh jadi kaya dengan cara yang tersendiri" Maka secara automatik, badan dan fikiran akan terarah kepada matlamat tersebut dan akan menerima beberapa kesan yang mengagumkan sehingga berjaya... . Dan jika diperhatikan inilah yang berlaku pada ramai jutawan ... jika anda percaya.. ia akan sebati dalam diri utk berjaya dengan lebih hebat...


¤ Praktikkannya dengan penuh kebaikan dan ia akan dibalas dengan berkaliganda baiknya di masa depan.. Dan bagi orang Islam mereka ini bertuah kerana dikurniakan rahmat dan pahala berganda.. Percayalah pada Tuhan kerana. "Dia akan memberi rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka" (petikan ayat seribu dinar) 

¤ Antara manfaat kuasa minda bawah sedar dalam kehidupan; 
  1. MEDITASI UNTUK MENGENAL DIRI & MENGENAL TUHAN. 
  2. MENGAKTIFKAN CAKRA TUBUH UNTUK MENCAPAI KEYAKINAN DIRI. 
  3. HIPNOTIS UNTUK MENGUASAI PEMIKIRAN. 
  4. TELEPATI UNTUK KOMUNIkiASI JARAK JAUH.
  5. PENGUBATAN PRANA UNTUK TERAPI RAWATAN 

¤ Kuasa Minda Bawah Sedar ini boleh dipelajari dalam Tujuh Quantum Hikmah... Sila lihat halaman PENGENALAN dalam blog QUANTUM ILMU HIKMAH ini

PANCAINDERA KE ENAM







PANCAINDERA KE ENAM; adalah satu keadaan yang mewakili seluruh fenomena Mata ketiga, , Indera Ke enam, firasat, kasyaf, gerak hati, mendengar suara ghaib serta bermacam-macam lagi perkara yang dianggap ajaib atau pelik oleh sesetengah pihak.

Manusia mempunyai 5 pancaindera seperti melihat (mata), mendengar (telinga), bau (hidung), merasa (lidah) dan sentuhan (kulit). Fenomena pancaindera ke enam adalah dimana seseorang itu menggunakan kelima-lima pancainderanya secara maksima dengan lebih mendalam. Terdapat juga kes yang dialami oleh mereka yang pernah terlibat dengan kemalangan tetapi apabila terjaga dari koma, mereka mendakwa memiliki ‘kuasa psikik’….

Manusia sering atau kadang-kadang melalui fenomena Pancainmdera Ke enam tanpa sedar atau tidak sengaja seperti FIRASAT ~ Merasakan seperti sesuatu perkara akan terjadi, Rasa seperti sedang diperhatikan, MIMPI BENAR ~ mimpi apa pun yang menjadi kenyataan di kemudian hari, Rasa seperti pernah berada disuatu ditempat itu sebelum ini, Terdengar ada orang membisikan nama anda, Bayangan dalam fikiran dan Kebetulan yang melebihi dari sekali.

Fenomena Pancaindera Ke enam dapatlah dikategorikan sebagai : –

1) Clairvoyance –Melihat sesuatu dari dimensi lain, penglihatan yang melangkaui ruang lingkup waktu, penglihatan yang tidak dimiliki oleh kebanyakan manusia, atau kasyaf.


2) Clairsentience –Merasakan sesuatu, firasat, gerak hati, atau intuisi (ILHAM).


3) Clairaudience –Mendengar suara ghaib atau sesuatu yang sangat halus. .


¤ Pancaindera Ke enam ini dapat dipelajari dalam Tujuh Quantum Hikmah... Sila lihat halaman PEBGENALAN dalam blog QUANTUM ILMU HIKMAH ini.....

Ahad, 30 September 2012

PENGUMUMAN



PEMBUKA KUNCI AMALAN HIKMAH AKAN DIIJAZAHKAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SECARA JARAK JAUH DENGAN PERCUMA...!!! 

Assalammualaikum.......

Atas permintaan para pengamal kerohanian dan kebatinan yang terlepas peluang untuk mendaftar sebagai ahli dalam masa promosi maka kami lanjutkan tawaran ini hingga 31 hb Disember 2012 atau telah mencapai 10,000 orang ahli

PELUANG KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT MENGUASAI ILMU KEROHANIAN DAN KEBATINAN......

QUANTUM FIRASAT, QUANTUM KEKAYAAN, QUANTUM KEWIBAWAAN, QUANTUM PENGASIHAN, QUANTUM PELINDUNG, QUANTUM KEKUATAN dan QUANTUM PENYEMBUHAN.

Pendaftaran Ahli; RM 50.00        -     PERCUMA

Pembuka Kunci Amalan Hikmah ;  RM 150.00  - PERCUMA

Peringkat Asas (TUJUH QUANTUM HIKMAH);          RM 150.00  
  -     PERCUMA

Sila ke halaman... PENGENALAN > JARAK JAUH > PENYELARASAN > HUBUNGI SAYA... di dalam blog QUANTUM ILMU HIKMAH ini 

mudah-mudahan dengan tarikh lanjutan ini akan memberi peluang lebih ramai pengamal untuk memanfaatkan Quantum Hikmah ini untuk berbagai tujuan kebaikan di dalam kehidupan seharian

Terima Kasih

Mahaguru
(1 hb Oktober 2012)

Jumaat, 17 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA



PEMBUKA KUNCI AMALAN HIKMAH AKAN DIIJAZAHKAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SECARA JARAK JAUH DENGAN PERCUMA...!!! 

Pendaftaran Ahli    -    RM 50.00
Peringkat Asas (TUJUH QUANTUM HIKMAH     -     RM 150.00

PELUANG KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT MENGUASAI ILMU KEROHANIAN DAN KEBATINAN......

QUANTUM FIRASAT, QUANTUM KEKAYAAN, QUANTUM KEWIBAWAAN, QUANTUM PENGASIHAN, QUANTUM PELINDUNG, QUANTUM KEKUATAN dan QUANTUM PENYEMBUHAN.

BAYARAN PENDAFTARAN RM 50.00 + PERINGKAT ASAS  RM 150.00 DIKECUALIKAN SEHINGGA PENGHUJUNG BULAN SYAWAL INI...!!! 

Sila ke halaman... PENGENALAN > JARAK JAUH > PENYELARASAN > HUBUNGI SAYA... di dalam blog QUANTUM ILMU HIKMAH ini

LEBIH 1,000 ORANG PENGAMAL KEROHANIAN DAN KEBATINAN TELAH MENDAFTAR PADA MINGGU PERTAMA BLOG INI DILANCARKAN.....

JANGAN TUNGGU LAGI...!!!  KAMI DALAM PROSES MENCAPAI 10,000 ORANG AHLI... JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI...!!!

SELAMAT HARI RAYA
'Maaf Zahir Batin'

Ahad, 15 Julai 2012

RAHSIA KEAJAIBAN AIR

PEMBUKA KUNCI AMALAN HIKMAH AKAN DIIJAZAHKAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SECARA JARAK JAUH DENGAN PERCUMA...!!! 

Sila ke halaman... PENGENALAN > JARAK JAUH > PENYELARASAN > HUBUNGI SAYA... di dalam blog QUANTUM ILMU HIKMAH ini


Apakah rahsia di sebalik penciptaan air di mana 70% permukaan bumi ini diselaputi oleh air. 60% jisim badan adalah air. 55% darah kita adalah air. Air wujud dalam 3 fasa, Gas, Cecair dan Pepejal (Ais).. Dari mana ia datang, ke mana ia pergi, adakah air bersumber dari angkasa? atau ianya kitaran semula jadi berbillion tahun dahulu kala, hingga esok lusa selagi ada hayat dunia?


Penciptaan alam semesta tidak sempurna tanpa kehidupan di dalamnya. Sesuatu kehidupan hanya boleh hidup sekiranya ada tempat pesekitarannya yang sesuai yang pada hakkatnya memerlukan ‘Air’ sebagai asas bagi segala hidupan. Tanpa air kehidupan tidak akan wujud sama sekali....


Allah swt. berfirman; “ Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah padu kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup “ (surah al-Anbiya’ ayat 30)

AIR DALAM KONSEP KESIHATAN

Wap air atau 'Aura' yang berada dipersekitaran tubuh manusia adalah sangat cantik, terang dan bercahaya umpama kejadian pelangi yang mengambarkan keadaan tubuh yang berhawa sejuk pada bahagian luar dan panas pada bahagian dalamnya.

Walau bagaimanapun, aura atau pelangi. yang malap, tidak ber­cahaya dan pudar warnanya itu memberi makna bahawa air di luar tubuh telah bertukar menjadi panas- dan kelabu. Sementara di dalam tubuh  pula telah bertukar menjadi sejuk. Ini merupakan suatu tanda bagi tahap kesihatan yang kurang baik.

Warna Putih Dalam Rahsia Air Yang Jernih

Setiap warna atau cahaya itu amatlah penting dan saling kait mengait antara satu dengan yang lainnya. Apabila semua itu bersatu maka akan menjadi tumpuan kepada warna putih yang menjadi lambang kesaeian yang mempunyai maksud yang lebih mendalam bagi kesatuan semua warna itu.

Warna putih mempunyai kekuatan yang terus menerus daripada -_ sumber tenaga kekuatan Illahi. Maka jika tercemarnya warna itu, lalu akan tercemarlah juga warna kehidupan yang lainnya. Warna putih ini sebenarnya memegang rahsia air yang bening dan jernih.


Sesungguhnya adalah tidak mustahil bagi setengah orang untuk melihat aura itu. Bagaimanapun kemampuan melihat aura dipesekitaran tubuh-memerlukan kerohanian dan kehalusan jiwa atau ketenangan yang sangat mendalam dan hebat. Warna ini akan mudah dilihat jika diri kita cukup air atau ketika berpeluh, umpama pokok yang disirami air secukup- nya. Oleh itu, mandian air sejuk atau ais akan membantu untuk mencerah­kan lagi cahaya luaran dan dalaman agar menjadi terang benderang. Ini semuanya adalah seumpama berada di dalam terang dan terang juga berada di dalam diri kita sendiri.

Air Sejuk Yang Dingin

Air adalah asal kejadian atau penciptaan semua unsur yang hidup di alam ini. Semua makhluk atau benda jika dikaji dari sudut Ilmu Sains adalah berlaku daripada unsur air. Semua benda itu pula amat alah dan akan kembali menjadi air. Air yang baik dan hidup ialah air yang mengalir kerana jika air itu kaku pada suatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan kotor. Jesteru, disitulah fungsi.pergerakan solat yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan. Sementara bagi air yang beku, ia sebenarnya mempunyai struktur yang kukuh dan,stabil.

Sehubungan itu, mandian air sejuk dan mandi bunga.mampu untuk memperbaiki struktur atom yang lemah atau longgar dan meningkatkan . kandungan oksigen dalam tubuh. Sebenarnya tubuh kita adalah penyimpan rahsia alam dan air amat penting sekali dalam konsep rawatan,-manakala tanah atau daratan pula sangat penting dalam konsep mengenal kejadian atau penciptaan diri sendiri.

Air sejuk.yang dingin dan bersih serta tidak dimasak adalah lebih baik dan hebat dijadikan amalan dalam menjaga kesihatan kerana ia mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Maka apabila terlupa atau terperanjat secara tiba-tiba atau terganggu perasaan, minumlah air.

Garam kristal dan air adalah unsur kejadian yang sama ataupun air dalam rahsia nafas. Nafas adalah rahsia oksigen dan oksigen adalah rahsia air. Oleh itu, paru-paru merupakan organ yang sangat sensitif dalam menghadapi serangan alahan dan jangkitan. Nitrogen, oksigen dan hidrogen adalah rahsia air yang bertukar bentuk secara ghaib di dalam tubuh dan sekali gus harganya tidak ternilai.

Hubungan Air 'Dengan Kristal


Batu permata atau kristal juga merupaka.n rahsia air yang mem­punyai molekul atom yang paling stabil. Kristal sangat kuat pengaruhnya kepada tenaga tubuh manusia kerana ia menyerap cahaya telus yang terang benderang. Air yang disinarkan dengan pancaran cahaya akan telus ke dalam air dan membolehkan isyarat gelombang merangsang sel yang tidak seimbang di dalam tubuh. Konsep ini sangat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengkaji rahsia cahaya dalam air untuk kesihatan.

Isyarat Elektrokimia Di Dalam Tubuh


Tubuh kita mampu untuk meneutralkan air dengan rahsia garam yang diletakkan pada lidah atau dicampurkan dengan air agar isyarat elektrokimia di dalam tubuh menjadi lebih cekap untuk mengwapkan gas yang tidak diperlukan oleh sistem tubuh. Bagi orang yang sesak nafas atau mengah, maka berikanlah air sejuk secara perlahan-lahan dan tahan nafas ketika minum air kerana ini akan dapat mengembalikan oksigen ke dalam darah melalui petukaran di paru-paru.

Air Sebagai Unsur Yang Paling Sensitif


Air adalah unsur cahaya dalaman yang amat peka kepada alam pesekitaran tubuh. Oleh itu, bekalan air samada minum atau mandi yang mencukupi agar tubuh menjadi lebih peka kepada gelombang yang lebih laju untuk menjadikan diri kita lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan sehari-hari.

Ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia dan bahan aktif akan ditukar kepada bentuk tenaga cahaya yang laju oleh memori air yang amat mempengaruhi sel yang memerangkap pelbagai tenaga yang tidakseimbang di bahagian tubuh yang terbabit. Keseimbangan tenaga sel itu yang tidak stabil perlulah segera diseimbangkan kembali kerana sel itu adalah asas atau nadi kehidupan.


Air Mengimbangai Kawasan Tekanan Rendah


Kekurangan air boleh mendedahkan seseorang kepada gelombang yang memberi tekanan perasaan yang secara tidak langsung akan melemah.­kan kemampuan otak untuk berfikir atau menjadi lambat untuk berfungsi. Maka dengan bekalan air yang sedemikian, air itu akan dapat mengesan dan mengimbangi kawasan tekanan rendah yang dipenuhi dengan gas lengai di dalam tubuh yang memberikan kesan dan tanda sengal, kebas, bisa­bisa dan sebagainya.

Sebenarnya, tubuh merupakan unsur yang mati jika kekurangan air. Maka sekiranya keadaan ini berterusan, manusia itu akan menuju kearah kemerosotan di dalam nilai-nilai kehidupan yang harmoni dan stabil.

RAHSIA GARAM

PEMBUKA KUNCI AMALAN HIKMAH AKAN DIIJAZAHKAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SECARA JARAK JAUH DENGAN PERCUMA...!!!

Sila ke halaman... PENGENALAN > JARAK JAUH > PENYELARASAN > HUBUNGI SAYA... di dalam blog QUANTUM ILMU HIKMAH ini




Dari Abdullah Bin Umar " Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam"

Sesungguhnya garam adalah makhluk kejadian Maha Pencipta seperti mineral yang lain-lain. Sifat garam hampir menyamai sifat molekul air yang mampu bertindak merakam dan membias segala memori. Garam adalah sangat berkesan di dalam degupan jantung (peristalsis / ritma) yang tidak teratur dan kepercayaan mitos serta amat bertentangan dengan pendapat yang mengatakan ‘garam’ adalah penyebab darah tinggi, fungsi dan sifat garam sebenarnya adalah keperluan untuk pengaturan tekanan darah dengan kerjasama air.

Sebutir garam terdiri dari banyak sekali atom. Jika kita bisa menghitung satu milyar atom dalam sedetik, maka kita memerlukan lebih dari lima ratus tahun untuk menghitung jumlah seluruh atom di dalam sebutir garam saja! Atom-atom itu secara rapi membangun wujudnya sebutir garam. Dan di dalamnya terbentang ruang kosong di antara atom-atomnya. Sebagaimana samudera. Sebutir garam mewujud di dalamnya seakan Ia “berenang” dan meng-ada di dalamnya. sepertimana kita dan semua benda-benda.yang berada di alam ini.

Hanya kefahaman dengan teliti dan mengerti akan kebaikan sunnah serta kaedah penyedian makanan dengan cara sunnah Nabi Saw perlulah kita mengambil iktibar, umpamanya setiap kali hendak makan Nabi Saw dan para sahabat mesti mencecah dan kesip(jilat) garam dahulu (menggunakan jari manis) sebanyak 2x sebelum dan sesudah makan.



Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam ." Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "

Kaedah sunnah Nabi Saw dalam penyediaan makanan adalah mencampurkan garam kepada makanan yang sedang hampir sejuk dan bukannya ketika makanan sedang hangat atau panas, kerana dengan sebab ini garam tidak lagi mempunyai ion-ion negatif (-) maka (+) ion positif lah yang akan berfungsi dan mengakibatkan gangguan sistem pembuluh darah, tidak membantu sistem oksigen malah bertukar hanya menjadi penyedap pada makanan serta akan bertukar menjadi racun apabila berlebihan, bahawanya garam sangat-sangat memberi manafaat kepada keperluan alam khususnya manusia sekiranya kita pandai memanafatkannya.


Hadis riwayat Al – Bazzar Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum & makan. Baginda berkata "Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."


FUNGSI VITAL GARAM DI DALAM TUBUH KITA 


Garam adalah sangat baik untuk penyebaran keasidan daripada sel tubuh, dengan sebahagiannya sel otak. 

Garam baik untuk keseimbangan kadar gula di dalam darah sebagai elemen keperluan dalam merawat penyakit diabetes. 


Garam adalah penjanaan tenaga hidroelektrik di dalam sel tubuh. Ia digunakan sebagai penjanaan kuasa dalaman penggunaan tenaga yang diperlukan oleh sel. 

Garam baik untuk komunikasi dan pemprosesan maklumat sel saraf pada sepanjang masa sel otak bekerja sejak hidup hinggalah kepenghujung usia. 

Garam baik untuk penyerapan partikel makanan melalui laluan ‘intestine’. 

Garam adalah baik untuk pembersihan paru-paru daripada sumbatan mukus dan ikatan sebahagiannya dalam asma dan fibrosis. 

Garam adalah baik untuk membersihkan katarak dan sinus. 

Garam adalah antihistamine semulajadi yang kuat. 

Garam adalah keperluan untuk melindungi daripada kekejangan otot. 

Garam amat baik untuk melindungi pengeluaran air liur basi yang keluar ketika tidur. Kerap mengeluarkan air liur basi menandakan kekurangan garam. 

Garam sangat berkesan untuk pembinaan struktur tulang. Garam di dalam tulang adalah sebanyak 27% air. 
Osteoporosis dalam keadaan utama, adalah hasil pengurangan garam di dalam tubuh. 

Garam baik untuk pengaturan tidur, ia adalah hypnotic semulajadi. 

Garam adalah elemen keperluan untuk merawat diabetes. 

Garam apabila diletakkan di atas lidah akan menghentikan kehadiran batuk kering. 

Garam adalah pelindungan baik bagi penyakit gout dan athriris.


Kesimpulannya banyak lagi manafaat garam sebagai sumber kepentingan kepada semua makhluk kehidupan, termasuk untuk menghalau binatang atau haiwan yang berbisa serta julat atau makhluk halus.