Ahad, 15 Julai 2012

RAHSIA GARAM

PEMBUKA KUNCI AMALAN HIKMAH AKAN DIIJAZAHKAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SECARA JARAK JAUH DENGAN PERCUMA...!!!

Sila ke halaman... PENGENALAN > JARAK JAUH > PENYELARASAN > HUBUNGI SAYA... di dalam blog QUANTUM ILMU HIKMAH ini




Dari Abdullah Bin Umar " Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam"

Sesungguhnya garam adalah makhluk kejadian Maha Pencipta seperti mineral yang lain-lain. Sifat garam hampir menyamai sifat molekul air yang mampu bertindak merakam dan membias segala memori. Garam adalah sangat berkesan di dalam degupan jantung (peristalsis / ritma) yang tidak teratur dan kepercayaan mitos serta amat bertentangan dengan pendapat yang mengatakan ‘garam’ adalah penyebab darah tinggi, fungsi dan sifat garam sebenarnya adalah keperluan untuk pengaturan tekanan darah dengan kerjasama air.

Sebutir garam terdiri dari banyak sekali atom. Jika kita bisa menghitung satu milyar atom dalam sedetik, maka kita memerlukan lebih dari lima ratus tahun untuk menghitung jumlah seluruh atom di dalam sebutir garam saja! Atom-atom itu secara rapi membangun wujudnya sebutir garam. Dan di dalamnya terbentang ruang kosong di antara atom-atomnya. Sebagaimana samudera. Sebutir garam mewujud di dalamnya seakan Ia “berenang” dan meng-ada di dalamnya. sepertimana kita dan semua benda-benda.yang berada di alam ini.

Hanya kefahaman dengan teliti dan mengerti akan kebaikan sunnah serta kaedah penyedian makanan dengan cara sunnah Nabi Saw perlulah kita mengambil iktibar, umpamanya setiap kali hendak makan Nabi Saw dan para sahabat mesti mencecah dan kesip(jilat) garam dahulu (menggunakan jari manis) sebanyak 2x sebelum dan sesudah makan.



Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam ." Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "

Kaedah sunnah Nabi Saw dalam penyediaan makanan adalah mencampurkan garam kepada makanan yang sedang hampir sejuk dan bukannya ketika makanan sedang hangat atau panas, kerana dengan sebab ini garam tidak lagi mempunyai ion-ion negatif (-) maka (+) ion positif lah yang akan berfungsi dan mengakibatkan gangguan sistem pembuluh darah, tidak membantu sistem oksigen malah bertukar hanya menjadi penyedap pada makanan serta akan bertukar menjadi racun apabila berlebihan, bahawanya garam sangat-sangat memberi manafaat kepada keperluan alam khususnya manusia sekiranya kita pandai memanafatkannya.


Hadis riwayat Al – Bazzar Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum & makan. Baginda berkata "Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."


FUNGSI VITAL GARAM DI DALAM TUBUH KITA 


Garam adalah sangat baik untuk penyebaran keasidan daripada sel tubuh, dengan sebahagiannya sel otak. 

Garam baik untuk keseimbangan kadar gula di dalam darah sebagai elemen keperluan dalam merawat penyakit diabetes. 


Garam adalah penjanaan tenaga hidroelektrik di dalam sel tubuh. Ia digunakan sebagai penjanaan kuasa dalaman penggunaan tenaga yang diperlukan oleh sel. 

Garam baik untuk komunikasi dan pemprosesan maklumat sel saraf pada sepanjang masa sel otak bekerja sejak hidup hinggalah kepenghujung usia. 

Garam baik untuk penyerapan partikel makanan melalui laluan ‘intestine’. 

Garam adalah baik untuk pembersihan paru-paru daripada sumbatan mukus dan ikatan sebahagiannya dalam asma dan fibrosis. 

Garam adalah baik untuk membersihkan katarak dan sinus. 

Garam adalah antihistamine semulajadi yang kuat. 

Garam adalah keperluan untuk melindungi daripada kekejangan otot. 

Garam amat baik untuk melindungi pengeluaran air liur basi yang keluar ketika tidur. Kerap mengeluarkan air liur basi menandakan kekurangan garam. 

Garam sangat berkesan untuk pembinaan struktur tulang. Garam di dalam tulang adalah sebanyak 27% air. 
Osteoporosis dalam keadaan utama, adalah hasil pengurangan garam di dalam tubuh. 

Garam baik untuk pengaturan tidur, ia adalah hypnotic semulajadi. 

Garam adalah elemen keperluan untuk merawat diabetes. 

Garam apabila diletakkan di atas lidah akan menghentikan kehadiran batuk kering. 

Garam adalah pelindungan baik bagi penyakit gout dan athriris.


Kesimpulannya banyak lagi manafaat garam sebagai sumber kepentingan kepada semua makhluk kehidupan, termasuk untuk menghalau binatang atau haiwan yang berbisa serta julat atau makhluk halus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan