Khamis, 12 Julai 2012

ILMU PENGETAHUAN

PEMBUKA KUNCI AMALAN HIKMAH AKAN DIIJAZAHKAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SECARA JARAK JAUH DENGAN PERCUMA...!!!

Sila ke halaman... PENGENALAN > JARAK JAUH > PENYELARASAN > HUBUNGI SAYA... di dalam blog QUANTUM ILMU HIKMAH ini





Allah swt. Befirman; “ WAHAI SEKALIAN JIN DAN MANUSIA, JIKA KAMU DAPAT MENEMBUS (MELINTASI) KELUAR DARI PENJURU LANGIT DAN BUMI MAKA CUBALAH LINTASI, KAMU TIDAK DAPAT MENEMBUSINYA KECUALI DENGAN KEKUATAN (surah al-Rahman ayat 33)

Bila kita membaca ayat diatas maka kita mendapat pengetahuan bahawa langit boleh ditembusi atau angkasa lepas boleh diterokai sekiranya kita ada kekuatan (sulthan) yang berupa kemampuan ilmu luarbiasa ataukecerdasan akal serta ilmu pengetahuan yang tinggi dan luas. Sebenarnya yang dimaksudkan dengan kekuatan yang sempurna iaitu ilmu pengetahuan yang dilahirkan oleh otak lahir dan otak batin....

Ilmu Pengetahuan Lahiriah iaitu pengetahuan mengenai objek atau benda2 kasar yang dapat ditangkap oleh pancaindera lahir seperti astronomi, biologi, botani, geologi, kimia, metamatik dan sebagainya 
 
Ilmu Pengetahuan Abstrak iaitu pengetahuan mengenai objek yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera lahir yang berhubung dengan masalah gelombang, kejiwaan, Roh, jin dan sebagainya dan untuk mempelajarinya memerlukan alat seperti metageometri, metakimia, sehingga muncul pula ilmu2 ghaib seperti magnetisme, hipnotisme, spiritisme, telepathy, suggesti, somnambulisme dan sebagainya 
 
Ilmu Pengetahuan Relatif iaitu menuju objek yang ghaib mutlak yang tidak dapat dianalisis dengan alat pancaindera lahir seperti sturga, neraka, malaikat, bidadari dan sebagainya 
 
Ilmu Pengetahuan Absolut iaitu pengetahuan yang menuju kearah Yang Maha Mutlak seperti kewujudan Tuhan, Arasy, alam wadaniyah dan sebagainya


Al-Quran yang telah diturunkan 14 abad yang lalu telah menyeru agar setiap muslim suka memikirkan, merenung dan menyelidiki alam semesta dan segala isinya. Allah swt. Berfirman yang bermaksud;
“ KATAKAN WAHAI MUHAMAD, PERHATIKANLAH APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI, TETAPI AYAT-AYAT DAN PERINGATAN-PERINGATAN (DARI ALLAH) TIDAK BERGUNA BAGI KAUM YANG TIDAK BERIMAN” (surah Yunus ayat 101)

Namun ilmu sebegini amat kurang dimiliki oleh umat Islam berbanding golongan bukan Islam kerana mereka telah berusaha memiliki ilmu tersebut dengan belajar dan mengkajinya. Sedangkan orang Islam hanya berbahas dan berselisih dalam ilmu agama yang berhubung dengan soal ketuhanan, hukum hakam dan permasalahan yang remeh temeh.... tanpa penyelesaian. sedangkan kita disuruh mempelajari ilmu keduniaan disamping ilmu agama kerana dunia ini adalah jambatan untuk ke akhirat... Takut kalau tidak sesat pun, kita akan jadi ‘kufur Nikmat’ Tuhan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan