Sila ke halaman... PENGENALAN > JARAK JAUH > PENYELARASAN > HUBUNGI SAYA... di dalam blog QUANTUM ILMU HIKMAH ini
Kajian sains moden membuktikan bahawa Baitullah
merupakan pusat bumi yang meyakinkan kita tentang keistimewaan binaan Kaabah
ini. Sebagai binaan terawal yang diciptakan Allah swt di muka bumi ini tentu
banyak keistimewaan terhadap persekitaran yang positif yang boleh dibuktikan
melalui penemuan saintifik masa kini sebagai asas menjana kekuatan emosi dan
spiritual insan. Sekiranya seseorang itu bersikap dan berfikiran positif maka
segala kekuatan dan kehebatan yang dikurniaan Allah swt akan terserlah melalui
potensi diri manusia yang sebenar.
Tidak ada tempat berhimpunnya muslim dan mukmin
dengan tenaga yang cukup positif dan meluap-luap mengerakkan hati dan semangat
mereka untuk bertaubat dan melakukan yang terbaik kecuali di bumi Mekah. Begitu
juga dengan tawaf yang dilakukan oleh kaum muslimin tanpa henti ketika
mengunjungi Baitullah.
Pusingan tubuh-tubuh manusia mengikut pusingan
fitrah iaitu arah lawan jam ketika melakukan tawaf maka tenaga elektromagnetik
akan dicaj yang akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang sangat besar
di sekeliling Kaabah. Bayangkan betapa besar tenaga yang ada jika proses
tersebut berlaku lebih ribuan tahun lalu dan berlanjutan hingga kini tanpa
henti. Maka disinilah timbul sumber kekuatan fizikal, emosi dan spiritual
kepada setiap pengunjunh Baitullah hingga mereka dapat menyempurnakan ibadat
yang dikhususkan ketika mereka berada di sana.
Faktor tenaga rohani yang terdapat disekitar
Kaabah ini boleh dijadikan pemakin dalam pembinaan diri kearah membina
kecemerlangan hidup. Aspek-aspek positif yang dikaitkan dengan Baitullah ini
boleh dimanfaatkan dalam aktiviti harian bagi mengukuhkan keyakinan diri kepaa
Allah swt. melalui penghayatan ibadah dengan penuh tertib dan sopan.
Solat Pada Awal waktu….
Rasulullah saw menyatakan bahawa solat yang
terbaik adalah solat yang dilakukan pada awal waktu. Dalam sains, cahaya atau
elektromagnetik bergerak secara lurus. Ketika solat pada awal waktu, tenaga
positif akan mengenai individu muslim yang bersolat itu maka berlaku caj
positif dalam tubuh yang sememangnya mengandungi tenaga elektromagnetik. Itulah
sebabnya solat yang betul, cara dan adabnya seta dilakukan pada awal waktu akan
member manfaat besar dalam menjaga kecerdasan emosi dan spiritual diri.
Aktifkan Pusat Keceriaan…..
Selain itu, satu lagi aspek penting dalam solat
ialah bagaimana kita dapat manfaatkan
tenaga positif itu untuk mengaktifkan
pusat keceriaan dalam otak manusia.
Dalam solat antara rukunnya ialah ‘Tamakninah’ (berhenti seketika). Ketika
solat, kita menghadap tubuh dan muka ke Baitullah dengan kedua-dua tapak tangan
diangkat ketika bertakbir. Dengan kata lain, ketika tamakninah itu seseorang
yang bersolat akan memperolehi tenaga positif daripada Kaabah untuk masuk
keseluruh tubuh lantas mengaktifkan seluruh kecerdasan tubuh yang menjadi
sumber kekuatan diri pelakunya.
Bagi orang Islam, kedudukan pusat keceriaan ini
menyamai kedudukan sewaktu sujud dimana ubun-ubun kepala kita menghadap kiblat
dan member peluang kepada pusat keceriaan yang disebut ‘Naasiyyah’ untuk
diaktifkan secara semulajadi. Ketika sujudlah tenaga positif daripada Baitullah
itu dapat mengaktifkan pusat keceriaan sehingga kita dapat merasai ketenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan