PEMBUKA KUNCI AMALAN HIKMAH AKAN DIIJAZAHKAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SECARA JARAK JAUH DENGAN PERCUMA...!!!
Sila ke halaman... PENGENALAN > JARAK JAUH > PENYELARASAN > HUBUNGI SAYA... di dalam blog QUANTUM ILMU HIKMAH ini
Sila ke halaman... PENGENALAN > JARAK JAUH > PENYELARASAN > HUBUNGI SAYA... di dalam blog QUANTUM ILMU HIKMAH ini
OTAK HADAPAN MANUSIA
Pusat Akal merupakan kurniaan Allah swt. yang membezakan kita dengan haiwan, tempat terletaknya apa yg kita panggil akal. Pusat Akal atau otak hadapan adalah “pemandu” kita ke syurga.
”Bersolatlah dan sujud menghampirkan diri kepada Allah” (Surah Al Alaq 96:16)
Pusat Akal ini seperti CPU pada komputer, seperti CEO sesuatu syarikat jadi jika rosak CPU atau lemah CEO maka keputusan dan tindakan-tindakan yang diambil menjadi tidak betul dan tidak bijak. Jika kita punyai pusat akal yang kuat dan boleh mengawalnya, kita akan lebih kenal diri kita sendiri, boleh mengawal diri untuk mengambil tindakan2 tertentu dan boleh mencorak masa depan yg lebih hebat.
Pusat Akal ini juga menjadi tempat untuk pemikiran yang kritikal dan juga mencipta idea baru, sama seperti tugas CEO syarikat. Ia akan mengambil semua maklumat yang tersimpan dari bahagian otak yg lain, memerhatikan apa yg dilakukan oleh bahagian otak yang lain dan juga mengarahkan bahagian otak tersebut untuk melakukan apa yg perlu. Melalui “database” yg tersimpan dibahagian otak yang lain, ianya menjadi bahan mentah untuk memberi manusia cita-cita, keinginan dan inspirasi untuk mendapatkan sesuatu.
Pusat Akal akan menimbang semua kemungkinan dan situasi, menganalisa keadaan semasa dan menjangkakan apa yg akan terjadi dari pilihan yang dibuat baik dari segi kesan kepada diri sendiri, masyarakat dan juga alam persekitaran. Selepas analisa yang mendalam ini barulah ia akan mengarah bahagian otak yang lain menjalankan apa yang diingini.
Pusat Akal mengandungi 30% hingga 40% daripada jumlah keseluruhan otak manusia yang mana tiada langsung pada reptilia dan jika ada pun pada haiwan yg lain, peratusnya kecil berbanding dgn manusia. Pada kucing hanya 3.5%, pada anjing 7%, pada keluarga monyet pula peratusnya dari 11 hingga 17%. Jadi jika manusia makin hari makin lemah frontal lobenya, bukankah manusia tersebut akan menyerupai haiwan atau lebih buruk dari itu? Haruan makan anak
Melalui kajian, ahli sains mengira, pada setiap saat, otak kita memproses 400 billion bit maklumat jika dilihat dari perspektif komputer, tetapi apa yg kita sedar hanyalah 2 ribu bit sahaja, iaitu hanya 0.0000005% sahaja dari proses keseluruhan. Jadi perhatian kita pada sesuatu itu pada masa2 tertentu amatlah sedikit, frontal lobe lah yg membolehkan kita mengawal kesedaran kita yg sedikit itu untuk menfokus pada sesuatu perkara
Pusat Akal juga membolehkan manusia belajar dari pengalaman dan memilih tindakan yang lebih bijak dimasa hadapan. Ia mengawal apa niat kita untuk sesuatu agenda yang kita lakukan, bukahkah di dalam Islam semua tindakan kita bergantung pada niat. Bersolatlah dan berusaha untuk mencapai kekusyukan, amat beruntunglah mereka yang sudah mencapainya. Teramat benarlah bilal yg melaungkan azan mengajak manusia sembahyang dan menuju kejayaan, kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Negara boleh maju dari segi ekonomi dan teknologi, tetapi jika kejayaan akhirat dilupakan maka rosaklah akhlak manusia itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan