PEMBUKA KUNCI AMALAN HIKMAH AKAN DIIJAZAHKAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SECARA JARAK JAUH DENGAN PERCUMA...!!!
Apakah rahsia di sebalik penciptaan air di mana 70% permukaan bumi ini diselaputi oleh air. 60% jisim badan adalah air. 55% darah kita adalah air. Air wujud dalam 3 fasa, Gas, Cecair dan Pepejal (Ais).. Dari mana ia datang, ke mana ia pergi, adakah air bersumber dari angkasa? atau ianya kitaran semula jadi berbillion tahun dahulu kala, hingga esok lusa selagi ada hayat dunia?
Penciptaan alam semesta tidak sempurna tanpa kehidupan di dalamnya. Sesuatu kehidupan hanya boleh hidup sekiranya ada tempat pesekitarannya yang sesuai yang pada hakkatnya memerlukan ‘Air’ sebagai asas bagi segala hidupan. Tanpa air kehidupan tidak akan wujud sama sekali....
Allah swt. berfirman; “ Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah padu kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup “ (surah al-Anbiya’ ayat 30)
Wap air atau 'Aura' yang berada dipersekitaran tubuh manusia adalah sangat cantik, terang dan bercahaya umpama kejadian pelangi yang mengambarkan keadaan tubuh yang berhawa sejuk pada bahagian luar dan panas pada bahagian dalamnya.
Walau bagaimanapun, aura atau pelangi. yang malap, tidak bercahaya dan pudar warnanya itu memberi makna bahawa air di luar tubuh telah bertukar menjadi panas- dan kelabu. Sementara di dalam tubuh pula telah bertukar menjadi sejuk. Ini merupakan suatu tanda bagi tahap kesihatan yang kurang baik.
Setiap warna atau cahaya itu amatlah penting dan saling kait mengait antara satu dengan yang lainnya. Apabila semua itu bersatu maka akan menjadi tumpuan kepada warna putih yang menjadi lambang kesaeian yang mempunyai maksud yang lebih mendalam bagi kesatuan semua warna itu.
Warna putih mempunyai kekuatan yang terus menerus daripada -_ sumber tenaga kekuatan Illahi. Maka jika tercemarnya warna itu, lalu akan tercemarlah juga warna kehidupan yang lainnya. Warna putih ini sebenarnya memegang rahsia air yang bening dan jernih.
Air adalah asal kejadian atau penciptaan semua unsur yang hidup di alam ini. Semua makhluk atau benda jika dikaji dari sudut Ilmu Sains adalah berlaku daripada unsur air. Semua benda itu pula amat alah dan akan kembali menjadi air. Air yang baik dan hidup ialah air yang mengalir kerana jika air itu kaku pada suatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan kotor. Jesteru, disitulah fungsi.pergerakan solat yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan. Sementara bagi air yang beku, ia sebenarnya mempunyai struktur yang kukuh dan,stabil.
Hubungan Air 'Dengan Kristal
Isyarat Elektrokimia Di Dalam Tubuh
Air Sebagai Unsur Yang Paling Sensitif
Air Mengimbangai Kawasan Tekanan Rendah
Sebenarnya, tubuh merupakan unsur yang mati jika kekurangan air. Maka sekiranya keadaan ini berterusan, manusia itu akan menuju kearah kemerosotan di dalam nilai-nilai kehidupan yang harmoni dan stabil.
Sehubungan itu, mandian air sejuk dan mandi bunga.mampu untuk memperbaiki struktur atom yang lemah atau longgar dan meningkatkan . kandungan oksigen dalam tubuh. Sebenarnya tubuh kita adalah penyimpan rahsia alam dan air amat penting sekali dalam konsep rawatan,-manakala tanah atau daratan pula sangat penting dalam konsep mengenal kejadian atau penciptaan diri sendiri.
Air sejuk.yang dingin dan bersih serta tidak dimasak adalah lebih baik dan hebat dijadikan amalan dalam menjaga kesihatan kerana ia mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Maka apabila terlupa atau terperanjat secara tiba-tiba atau terganggu perasaan, minumlah air.
Garam kristal dan air adalah unsur kejadian yang sama ataupun air dalam rahsia nafas. Nafas adalah rahsia oksigen dan oksigen adalah rahsia air. Oleh itu, paru-paru merupakan organ yang sangat sensitif dalam menghadapi serangan alahan dan jangkitan. Nitrogen, oksigen dan hidrogen adalah rahsia air yang bertukar bentuk secara ghaib di dalam tubuh dan sekali gus harganya tidak ternilai.
Batu permata atau kristal juga merupaka.n rahsia air yang mempunyai molekul atom yang paling stabil. Kristal sangat kuat pengaruhnya kepada tenaga tubuh manusia kerana ia menyerap cahaya telus yang terang benderang. Air yang disinarkan dengan pancaran cahaya akan telus ke dalam air dan membolehkan isyarat gelombang merangsang sel yang tidak seimbang di dalam tubuh. Konsep ini sangat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengkaji rahsia cahaya dalam air untuk kesihatan.
Isyarat Elektrokimia Di Dalam Tubuh
Tubuh kita mampu untuk meneutralkan air dengan rahsia garam yang diletakkan pada lidah atau dicampurkan dengan air agar isyarat elektrokimia di dalam tubuh menjadi lebih cekap untuk mengwapkan gas yang tidak diperlukan oleh sistem tubuh. Bagi orang yang sesak nafas atau mengah, maka berikanlah air sejuk secara perlahan-lahan dan tahan nafas ketika minum air kerana ini akan dapat mengembalikan oksigen ke dalam darah melalui petukaran di paru-paru.
Air Sebagai Unsur Yang Paling Sensitif
Air adalah unsur cahaya dalaman yang amat peka kepada alam pesekitaran tubuh. Oleh itu, bekalan air samada minum atau mandi yang mencukupi agar tubuh menjadi lebih peka kepada gelombang yang lebih laju untuk menjadikan diri kita lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan sehari-hari.
Ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia dan bahan aktif akan ditukar kepada bentuk tenaga cahaya yang laju oleh memori air yang amat mempengaruhi sel yang memerangkap pelbagai tenaga yang tidakseimbang di bahagian tubuh yang terbabit. Keseimbangan tenaga sel itu yang tidak stabil perlulah segera diseimbangkan kembali kerana sel itu adalah asas atau nadi kehidupan.
Air Mengimbangai Kawasan Tekanan Rendah
Kekurangan air boleh mendedahkan seseorang kepada gelombang yang memberi tekanan perasaan yang secara tidak langsung akan melemah.kan kemampuan otak untuk berfikir atau menjadi lambat untuk berfungsi. Maka dengan bekalan air yang sedemikian, air itu akan dapat mengesan dan mengimbangi kawasan tekanan rendah yang dipenuhi dengan gas lengai di dalam tubuh yang memberikan kesan dan tanda sengal, kebas, bisabisa dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan